Thursday, July 27 2006 @ 01:45 PM MYT Contributed by: Shahriza Mahmud Views: 1648
Selamat Datang Ahli SENIMAN dan semua artis Malaysia. Terima kasih kepada pelawat! Segala aktiviti terbaru akan dimuatkan di sini untuk kemudahan semua.
For members conveniences this site will be in Malay and English language. You are free to subscribe as a user and leave a comment on any news and polls here but please fill in the online form with your full name and valid email address. Information on how to be a fully registered member please go HERE.
Tuesday, June 23 2009 @ 12:15 PM MYT Contributed by: ani Views: 8
Saksikan satu demonstrasi yang berguna bagi anda. Bagaimana anda boleh mengurangkan kos penerbitan program TV & Filem dengan menggunakan Set Maya (Virtual Set). Anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).
Hadirkan diri anda di:
Tempat : Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS
Tarikh : 30 Jun 2009 (Selasa)
Masa : 3.00 petang.
Datanglah beramai-ramai & berbincang dengan pembekal di samping meningkatkan pengetahuan anda dalam teknologi terbaru.
Alhamdulillah filem MOMOK The Movie (MTM) akhirnya bersedia untuk tayangan umum. Nikmat kesyukuran bertambah bila 01 Syawal 1430 bersamaan dengan 20hb September adalah tarikh tayangan umum.
Kini MTM sedang dalam rangka untuk memulakan langkah promosinya. Strategi promosi adalah melalui Billboards, Television, Radio selain dari roadtours. Pastinya pihak syarikat Galaksi Seni Sdn. Bhd mempunyai lain-lain strategi untuk memastikan MTM mendapat publisiti yang meluas.
Aspek promosi dan pemasaran sebenarnya adalah faktor yang terpenting dalam memastikan kejayaan sesebuah filem selain dari kualiti filem yang baik. Kita lihat sahaja hari ini strategi promosi yang hebat banyak dikuasai oleh filem2 asing. Filem asing mempunyai promosi yang hebat dan mendapat sambutan yang hebat kerana mempunyai dana yang besar bagi tujuan tersebut.
Namum begitu, MTM sedang merangka beberapa strategi promosi untuk bersaing dengan filem2 asing yang pastinya akan ditayangkan serentak pada tarikh yang sama.
MTM berharap mendapat kerjasama dari masyarakat untuk sama-sama membantu industri filem tempatan. Saya telah memberikan hasil kerja saya yang terbaik untuk filem MOMOK The Movie.
Dijemput semua warga Sarawak ke Stadium Bandaraya Kuching pada 5hb. jam 8pm untuk menyaksikan ANUGERAH PERDANA SENIMAN secara langsung bersama artis-artis popular tanahair. Antaranya ANITA SARAWAK! Lebih 100 orang artis akan berada di sana! Masuk PERCUMA!