MAJLIS PELANCARAN KENDERAAN KHAS SENIMAN

0
351

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

27 Mac 2018 | Selasa

Persatuan Seniman Malaysia hari ini telah mengumumkan kenderaan rasmi Seniman yang dilancarkan oleh YB Datuk Sri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia di Finas Hulu Kelang sebentar tadi. Seniman berasa bangga dan terima kasih atas sokongan ahli-ahli Seniman selama ini yang banyak membantu mendorong kepimpinan Seniman bagi merialisasikan impian Seniman untuk menjadi Persatuan Artis pertama di Malaysia yang mempunyai kenderaan sendiri.

Kenderaan ini juga akan digunakan bagi memudahkan urusan Seniman, urusan untuk membawa artis-artis veteran ke hospital, program-program luar bandar Seniman termasuk untuk menyewakan kepada pihak lain bagi membantu untuk menggumpul dana bagi tujuan penyelenggaraan kenderaan dan tabung kebajikan Seniman.

Kenderaan ini juga didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran khas Untuk Seniman      ( US514 ) yang Seniman lancarkan pada tahun lepas..Seniman juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sponser-sponser yang berkerja sama dengan Seniman untuk merialisasikan impian Seniman untuk mendapatkan kenderaan Seniman ini.

Sekian, Terima Kasih

kami jalan² test drive dlu, jangan jeles 🙈 #seniman #vansenimanondroad

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on