Azmil Mustapha Meninggal Dunia

0
466

SHAH ALAM 15 FEB: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi. Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun.Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Al-Fatihah buat arwah Tuan Haji Azmil Mustapha dan takziah buat keluarga daripada kepimpinan Seniman Malaysia..