Delegasi Kepimpinan Seniman Malaysia Berlepas Ke Jakarta Untuk Rundingan Dua Hala

0
263

SEPANG, 5 JANUARI 2018, Seluruh Kepimpinan Persatuan Seniman Malaysia hari ini berangkat ke Jakarta Indonesia untuk rundingan dua hala antara beberapa Persatuan Karyawan Indonesia dan beberapa Station TV di Indonesia dalam usaha untuk memantapkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia dari sudut industri kreatif.

Dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta ini Seniman akan membangkitkan beberapa isu penting termasuk isu berkenaan dengan undang-undang bagi kemasukkan artis Indonesia ke Malaysia dengan menjadikan Seniman sebagai pengantara dengan pihak berkuasa Malaysia, Seniman juga ingin menekan bahawa artis-artis di Malaysia juga perlu diberikan peluang untuk bekerja dengan produksi filem atau drama serta station televisyen di Indonesia, perkara ini di pandang serious oleh Seniman dalam menyelesaikan isu-isu ini dalam rangka lawatan pada kali ini.

Seniman juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Demi Film Indonesia selaku persatuan yang menghubungkan Seniman dengan beberapa agensi Kerajaan Indonesia, Persatuan-persatuan dan juga station televisyen di Negara ini.