Jemputan Khas untuk ke acara Himpunan Artis Sayang al-Quran 2.0 (HASA 2.0)

0
681

 

Jemputan Khas untuk ke acara Himpunan Artis Sayang al-Quran 2.0 (HASA 2.0)

Assalamualaikum wbt.
Kami mewakili Persatuan Usrah Fitrah Malaysia (UF) ingin menjemput rakan-rakan artis dan juga penggiat seni tanah air Malaysia ke acara Himpunan Artis Sayang al-Quran 2.0 (HASA 2.0).

Pada tahun lepas hampir 400 penggiat-penggiat seni telah hadir ke acara ini yang bertempat di Menara Felda Kuala Lumpur.

Atas sebab sambutan yang menggalakkan, kini Himpunan Artis Sayang Al-Quran diteruskan pada tahun ini dan bertempat di PWTC.

Justeru kita ingin menjemput seramai mungkin rakan-rakan artis dan penggiat seni tanah air untuk hadir ke acara fenomena ini sebagai tanda sokongan dan cintakan al-Quran.

Bagi mereka yang ingin turut hadir sebagai tetamu ke acara majlis yang penuh barakah ini, sila buat rsvp melalui nombor yang tertera di bawah. berikut adalah details mengenai program ini.

Tarikh : 9 Jun 2017
Masa : 5pm – 9pm
Tempat : Dewan Merdeka, PWTC
Tema : Putih
Tagline : Nur A’la Nur (Light Upon Light)

SHARE
Next articleAktiviti 2012-2014