Kenyataan Media Rasmi Persatuan Seniman Malaysia

0
107

Siaran Segera

21 | JUN | 2019

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

KAJANG: Persatuan Seniman Malaysia secara rasmi telahpun menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala diantara Seniman dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan secara rasmi bagi menjalinkan kerjasama didalam pelbagai aspek merangkumi pemulihan, pencegahan, rawatan, penyebaran maklumat, berkongsi maklumat dan penyebaran kesedaran dikalangan masyarakat di Negara ini.

Sejak kebelakangan ini Seniman telahpun menjalankan pelbagai kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan melibatkan pelbagai aspek dan hari ini Seniman dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah mencapai kata sepakat dalam beberapa siri mesyuarat dua hala untuk secara serious dan konsisten dalam menjalinkan kerjasama melalui perjanjian MoU ini.

Seniman juga komited dengan segala agenda yang telah dipersetujui untuk terus menjayakan isi kandungan perjanjian ini bagi membantu artis dan juga ahli Seniman yang terlibat dalam gejala dadah secara khususnya dan secara tidak langsung juga membantu rakyat Malaysia secara Amnya melalui sebaran maklumat dan promosi.

Hari ini juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan telahpun melantik Ikon Anti Dadah Kebangsaan seramai 7 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Seniman bagi membantu masyarakat yang terjebak dengan gejala dadah iaitu terdiri daripada Black Hanifah, Tomok, Achey Bocey, Aiman Tino, Floor 88, Keena Mentor & Izzmad Harun, mereka ini terdiri daripada pelbagai bidang didalam industri kreatif di Negara ini. Dengan perlantikan ini mereka dapat memainkan peranan penting dalam menyeru masyarakat untuk menghindari diri daripada terjebak dengan masalah dadah, mereka juga mempunyai ramai pengikut di media sosial yang mampu menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat.

Seniman mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama rasmi ini dan berharap agar kerjasama ini dapat direalisasikan dengan baik mengikut perangcangan yang telah dirancang bagi mencapai matlamat perjanjian MoU ini.

Seniman juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua ikon yang telah bersetuju untuk menjadi contoh terbaik dikalangan masyarakat di Malaysia.

Sekian, Terima Kasih

HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung
2.00 pm
Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan