KENYATAAN MEDIA RASMI

0
280

Kenyataan Media Rasmi
Persatuan Seniman Malaysia

26 April 2019 | Jumaat

Bismilillahirahmanirahim

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

1. Sejak seminggu ini kecoh di media sosial dan akhbar-akhbar digital berkaitan cadangan dan usaha Kementerian Belia & Sukan yang dipimpin oleh YB Tuan Syed Saddiq dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia untuk membawa masuk kumpulan Kpop popular ke Malaysia semperna tahun melawat Malaysia 2020 tidak lama lagi.

2. Sehubungan dengan itu, Persatuan Seniman Malaysia memandang serius tentang cadangan dan usaha pihak Kementerian Belia & Sukan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia untuk meneruskan usaha membawa masuk artis/kumpulan BTS ke Malaysia, Seniman memohon agar pihak Kementerian Belia & Sukan serta Perbadanan Stadium Malaysia untuk mengkaji semula hasrat yang difikirkan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada industri hiburan di Negara ini.

3. Seniman berharap dibawah Kerajaan Pakatan Harapan ini agar tumpuan dapat diberikan kepada artis, penyanyi, pelakon, pelawak, pemuzik serta warga Industri Kreatif keseluruhannya dapat diberikan perhatian yang lebih agar industri ini berjaya menjana pendapat yang mampu membantu meningkatkan KDNK Negara dan secara tidak langsung para pemain industri ini mendapat pekerjaan didalam Negara sendiri.

4. Seniman juga berharap agar pihak Kerajaan Pakatan Harapan dapat menumpukan tentang permasalahan yang sekian lamanya tidak dapat diselesaikan membabitkan hak harta intelek para pelakon, perumahan dan yang paling penting adalah menwujudkan akta industri kreatif agar para pengiat industri ini lebih terjamin dimasa hadapan.

5. Seniman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Belia & Sukan serta Perbadanan Stadium Malaysia atas keperihatinan yang diberikan.

Sekian, Terima Kasih

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung
26 April 2019
KualaLumpur | 10 pagi