KONSERT SUARA ANAK MALAYSIA

0
156

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan Konsert Suara Anak pada 20 Oktober 2018 (Sabtu) bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. Konsert ini adalah merupakan gabungan persembahan artis lama yang popular satu masa dahulu dan juga barisan artis yang sedang mencipta nama pada masa kini. Bersesuaian dengan temanya iaitu Konsert Suara Anak Malaysia, seramai 8 orang artis lelaki dan wanita dari pelbagai kaum dengan pelbagai genre seperti pop, rock dan balada akan mengadakan persembahan pada konsert tersebut.

Konsert ini akan dihoskan oleh DJ Sonic dan DJ Nadia serta membariskan artis- artis seperti Dato’ David Arumugam, Francisca Peter, Siti Nordiana, Syafiq Farhain, Bagio Damasutra, Yabang Khalifah, Suki Low dan Santesh. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dan juga artis budaya DBKL.

JEMPUT SEMUA HADIR..

Aturcara majlis adalah seperti didalam jadual dibawah..