MAJLIS IBADAH KORBAN SENIMAN 2017

0
77

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah Seniman dengan kerjasama Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia telahpun mengadakan ibadah korban pada Hari Raya Haji 1438 Hijrah baru-baru ini di ALPHA Bangi, Majlis yang dikepalai oleh Pengerusi Biro Agama Seniman Saudara Salman Al-Farisi dan dihadiri Oleh Setiausaha Agung Seniman Lt. Bersekutu Rela Hafiz Nafiah serta Exco Seniman yang lain seperti Saudari Keena, Awie, Rena Tan, Sharifah, Ayati Tasrip, Nina dan beberapa orang lagi.

Gotong-royong ibadah korban Seniman bersama ALPHA di Bangi

Majlis berjalan dengan lancar dan dihadiri juga oleh penduduk-penduduk dan juga anggota Akademi yang tidak pulang berhari raya pada tahun ini. Setelah selesai ibadah korban kesemua yang terlibat turut makan tengahari bersama dan pembahagian daging korban kepada mereka yang hadir.

Penyampaian daging korban kepada yang terlibat

Seniman mengucapkan jutaan terima kasih kepada ALPHA atas kerjasama yang cukup baik ini dan kami berharap agar dapat berkerjasama lagi dimasa akan datang.

Ucapan aluan oleh Pengerusi Biro Agama Seniman Salman Al-Farisi
Masak sup tulang daging korban
SHARE
Previous articleMAJLIS IBADAH KORBAN SENIMAN 2017