PEJABAT SENIMAN DIPECAH MASUK

0
40

Kenyataan Media Rasmi
Persatuan Seniman Malaysia

7 Januari 2019 | ISNIN

Bismilillahirahmanirahim

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

1. Dukacita Persatuan Seniman Malaysia ingin memaklumkan bahawa satu kejadian pecah masuk pejabat Seniman dikesan awal pagi ini lebih kurang jam 10 pagi oleh kakitangan Pejabat Seniman.

2. Sehubungan dengan itu, Seniman Malaysia telah membuat laporan Polis di Balai Polis Taman Melawati untuk proses siasatan lanjut oleh Pihak Berkuasa. Seniman menyerahkan segala kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan menangkap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan. Seniman menganggap ini adalah jenayah serius yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

3. Hasil daripada kejadian tersebut anggaran kerugian yang dialami adalah sebanyak RM 5000 termasuk wang tunai.

4. Walau bagaimana pun, Pejabat Seniman Malaysia beroperasi seperti biasa bermula jam 9.30 pagi – 5.30 petang Isnin hingga Jumaat.

5. Seniman memohon agar seluruh Ahli-Ahli Seniman Malaysia untuk mendoakan agar perjalanan Persatuan Seniman diberkhati dan dilindungi oleh Allah.

Sekian, Terima Kasih

Hafiz Nafiah
Setiausaha Agung
7 Januari 2019
KualaLumpur | 4.30 petang