PELAKON ZAIBO MENINGGAL DUNIA

0
120

Kenyataan Media Rasmi Persatuan Seniman Malaysia

Siaran Segera

14 | NOVEMBER | 2018

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi insan seni tanah air iaitu pelawak berbakat besar allahyarham *Zainal Ariffin Abd Hamid atau lebih popular dengan nama pentasnya sebagai Zaibo* pada usia 62 tahun..

Menurut Isteri arwah, Siti Hawa Sawal beliau menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 1.30 petang di rumah beliau di Batu Pahat Johor akibat kanser yang dihidapi.

Beliau telah banyak berlakon didalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton..Antara drama nya ialah Spanar Jaya, Under One Roof, Anna And The King dan beberapa lagi drama dan filem tempatan..Pasti peminat akan merindui telatah beliau didalam sitkom popular Spanar Jaya suatu ketika dahulu.

Arwah Zaibo akan dimandikan dan disolatkan dirumah beliau di Rengit Batu Pahat Johor dan akan dikebumikan ditanah perkuburan Islam Rengit selepas solat Isyak

Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga arwah Zaibo.

Al-Fatihah

HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung Seniman
2.00 petang / 14 November 2018
Kuala Lumpur