PROGRAM DIVING OPEN WATER & ADVANCE COURSE DI PULAU TENGGOL TERENGGANU

0
84
Begambar setelah selesai sesi penyampaian sijil tamat latihan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia lama web Seniman Malaysia..

Begambar setelah selesai sesi penyampaian sijil tamat latihan

Baru-baru ini pihak Seniman telahpun bekerjasama dengan Pihak Finas selaku penganjur untuk Program Diving Open Water & Advance Course yang diadakan di Pulau Tenggol Terengganu selama 4 hari 3 malam bermula dari 8 hingga 11 Oktober 2018, Program ini dikelolakan oleh MySC dengan kerjasama Profima dan juga Fdam.

Seramai 25 orang peserta yang terlibat bagi menjayakan program yang sangat memberi manfaat kepada warga industri kreatif Negara dengan pendedahan penggunaan kamera under water. Di pihak Seniman Malaysia kita telahpun menghantar 3 orang wakil pelakon untuk sama-sama mempelajari teknik penguasaan kamera didalam air dan diiringi oleh Setiausaha Agung Seniman Saudara Hafiz Nafiah.

peserta menerima sijil daripada Instructor

Pihak Seniman ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pihak Finas dan juga MySC kerana sudi bekerjasama dengan Seniman bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang terlibat untuk menjayakan program ini dan tidak lupa kepada Tenggol Coral Beach Resort yang menyediakan kesemua kelengkapan untuk kami selama berada disana.