PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH SENIMAN BERSAMA KOMUNITI 2017

0
51

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah pada 25 Disember 2017 baru-baru ini Seniman dengan kerjasama beberapa pihak lagi telah menjayakan program kembali ke sekolah anak-anak Seniman yang memerlukan untuk persediaan kembali ke sekolah bagi sesi 2018 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Seniman

Majlis ini dirasmikan dan disampaikan oleh Ybhg. En. Ismail Ahmad, Koordinator Dun N 18 Hulu Klang, 50 orang anak-anak Seniman telah mendapatkan sumbangan keperluan asas untuk sesi persekolahan yang akan datang. Seniman juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dan kami juga memohon maaf diatas kekurangan.

Ybhg. En. Ismail Ahmad menyampaikan sumbangan kepada Anak-Anak Seniman