SALAM TAKZIAH

0
168

Kenyataan Media Persatuan Seniman Malaysia

Siaran Segera

16 | MAC | 2019

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa industri hiburan Negara kehilangan seorang lagi pelakon berbakat besar tanah air iaitu Wafa Abdul Kadir pada usia 52 tahun..

Allahyarham Wafa Abdul Kadir menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 1 pagi dikediaman beliau di Tropicana Petaling Jaya, beliau meninggalkan suami tercinta Tajul Faizal Tamimuddin berusia 53 tahun serta beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Allahyarham disahkan menghidap kanser ovari pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 beliau menjalani pembedahan membuang seluruh organ wanita (ovari, tuib fallopio, rahim & ormentum-lapisan yang menutupi perut)

Antara filem lakonan arwah ialah Azizah The Legend. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Persatuan Seniman Malaysia sekitar tahun 2011 Jenazah akan disolatkan di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor. Allahyarham juga merupakan bekas anak Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Exco Seniman Malaysia serta Ahli-Ahli Seniman mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga arwah.

TAKZIAH & AL-FATIHAH

HAFIZ NAFIAH
Setiausaha Agung Seniman
8.20 pagi / 16 Mac 2019
Kuala Lumpur