Senarai Perkhidmatan

Disenaraikan di bawah adalah tanggungjawab Persatuan SENIMAN. Antaranya ialah :

  1. Menyatu-padukan seluruh ahli-ahli yang terdiri dari ARTIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di bidang SENI, tanpa mengira asal keturunanmereka   asalkan ianya   seorang warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
  2. Menggalakkan ahli-ahli untuk meninggikan taraf hidup mereka dan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.
  3. Berusaha untuk mengembang dan meninggikan prestasi kebudayaan Melayu ke taraf antarabangsa danberusaha mengekalkan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.
  4. Berusaha dari masa ke semasa melahirkan lebih ramai bakat-bakat seni supaya menjadi seorang ARTIS yang benar-benar berbakat.
  5. Berusaha melahirkan ahli-ahli yang berdisiplin dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dan sentiasa memberikan nasihat, petunjuk dan berusaha mengawasi mereka dari melakukan kerja-kerja yang melanggar undang-undang negara.
  6. Mempereratkan hubungan antara ahli dengan masyarakat ke arah memupuk dan menanam semangatkerjasama dan persefahaman dan berusaha melahirkan satu masyarakat ARTIS yang dinamik dan berdikari.
  7. Bekerjasama dengan mana-mana pihak kerajaan, terutama kementerian-kementerian yang mempunyai hubungan dengan kegiatan-kegiatan Persatuan,  Badan-badan Kebudayaan,  persatuan-persatuan yang sejajar dengan dasar dan tujuan Persatuan.
  8. Berikhtiar dan berusaha memelihara dan melindungi kebajikan ahli dari dipergunakan secara tipu muslihat untuk kepentingan satu-satu golongan yang bertujuan mencari keuntungan dan merosakkan mata pencarian serta menjatuhkan taraf ahli.
  9. Berusaha dari masa ke semasa untuk mengisi tabung kewangan Persatuan bagi tujuan pentadbiran dan kebajikan ahli serta menjalankan semua kegiatan Persatuan melalui  undang-undang yang sah.
  10. Membantu ke arah perkembangan dan pembangunan filem Malaysia.
  11. Memperjuang dan membela kepentingan, kebajikan serta memelihara dan meningkatkan prestasi dan imej para ARTIS.