Seniman Adakan Rundingan dua hala Kuala Lumpur – Jakarta

0
224

Kenyataan Media Rasmi

Persatuan Seniman Malaysia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tajuk: Seniman Perkukuh hubungan diplomatik Kuala Lumpur – Jakarta

JAKARTA: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mengadakan kunjungan hormat ke Jakarta bagi bertemu Persatuan Karyawan & Televisi Indonesia, Demi Film Indonesia, Persatuan Produser Filem Indonesia dan beberapa lagi persatuan termasuk beberapa buah Station Televisyen Indonesia antaranya Indosiar dan Net TV, lawatan ini adalah buat julung kalinya diadakan dibawah kepimpinan Zed Zaidi dan ia adalah lawatan bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui industri kreatif secara khususnya.

Kepimpinan Seniman di Station Televisyen Indosiar Jakarata

Dalam rangka lawatan selama 3 hari ini juga Seniman dapat menyampaikan hasrat Malaysia dalam berdepani masalah kemasukkan lambakkan artis atau pelakon daripada Indonesia dengan memperkenalkan solusi termasuk akta dan perundangan, polisi dan dasar, dokumentasi, permit, kerjasama produksi, pelaburan dan ekosistem industri kreatif serta mengkukuhkan dasar-dasar kerajaan kedua Negara untuk menjadikan industri kreatif sebagai hub di rantau ini.

Selain itu juga, Objektif lawatan ini adalah bagi menwujudkan pembanggunan kerjasama strategik dua hala antara Kuala Lumpur – Jakarta melalui platform “Cultural Diplomacy”dan Seniman yakin ia akan mencapai matlamatnya dalam sedikit masa lagi. Kunjungan ini juga adalah bagi memperkenalkan kepada pemain atau pengendali industri kreatif di Indonesia untuk mematuhi syarat untuk menjadi ahli bersekutu Seniman ketika ingin menjalankan sebarang aktiviti seni di Malaysia selain mematuhi undang-undang mahupun akta serta mereka juga perlu mempunyai permit yang sah sebelum ketibaan mereka di Malaysia. Seniman akan memainkan peranan sebagai jambatan kepada mereka dengan agensi Kerajaan yang terlibat.

Seniman juga menjemput mereka untuk membuat kunjungan balas pada bulan Mei akan datang sebagai menghargai jasa mereka atas layanan baik mereka semasa Seniman di Jakarta. Seniman merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan yang diwakili oleh Puan Marlina Yulianty Koordinator Pusat Penggembangan Filem, Persatuan Karyawan & Televisi Indonesia, Demi Film Indonesia, Persatuan Produser Filem Indonesia,Station TV Indosiar dan Net TV.

“Anak Seni Pewaris Bangsa, Seniman Rakyat Untuk Negara”

HAFIZ NAFIAH

Setiausaha Agung Seniman

Jakarta, Indonesia

8 Januari 2018