DAFTAR SEGERA..MUNGKIN ANDA PEMENANG BERTUAH

0
383

Alhamdulillah Seniman baru-baru ini mengadakan sidang media Seniman Charity And Fun Run 2018 yang akan berlangsung di perkarangan Finas pada 4 Febuari 2018 nanti, kepada anda yang berminat masih berkesempatan untuk mendaftar sebagai peserta di www.racexasia.com/event/seniman 

Acara yang buat pertama kalinya diadakan oleh Persatuan Seniman ini adalah pembukaan kepada tahun baru 2018 yang akan datang dengan melibatkan komuniti / masyarakat bagi mengeratkan lagi silaturahim antara selebriti tanah air dengan peminat, acara larian ini bagi tujuan mengumpul dana Persatuan untuk tujuaan kebajikan, program ini adalah cetusan ilham Presiden Seniman sendiri iaitu Lt. Kol (K) Rozaidi Jamil bagi memberikan kelainan dalam banyak-banyak program yang telah dilakukan oleh Seniman sendiri.

Yuran pendaftaran Seniman Charity And Fun Run 2018

Hadiah yang lumayan bakal dimenangi oleh pemenang juga adalah lumayan dan cabutan bertuah ketegori grand price adalah sebuah motosikal, segala maklumat lanjut boleh layari laman web diatas atau terus mengikuti perkembangan terkini tentang program ini dilaman web Seniman sendiri.

Hadiah lumayan yang ditawarkan

Sehingga hari ini, sebanyak 1000 penyertaan telah diterima dan Seniman menganggarkan seramai 2000 penyertaan untuk acara larian amal ini. Seniman juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah pun membuat bayaran bagi menyertai larian amal ini.

Antara selebriti yang menyokong dan mempromosikan acara ini ialah Rozita Che Wan, Fahrin Ahmad, Awal Ashaari, Dato’ Sri Vida dan ramai lagi..

Rozita Che Wan
Fahrin Ahmad