Seniman Charity & Fun Run 2018

0
352

Alhamdulillah selesai sudah Seniman Charity & Fun Run 2018 dengan jayanya pada 4 Febuari 2018 yang lepas..Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Sri Panglima Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia bersama Pengerusi Finas YB Dato Khusairi, Ketua Pengarah Finas Dato Fauzi Ayub, Timbalan Ketua Pengarah Dato Azmir serta Kepimpinan Seniman.

Seramai 2500 orang peserta yang terlibat menyertai acara larian yang julung kalinya diadakan oleh Persatuan Seniman Malaysia..Acara sebegini adalah acara yang sihat yang melibatkan artis dan komuniti secara khususnya..InshaAllah Seniman akan menjadikan ianya sebagai acara tahunan..

100 orang artis yang terlibat antaranya adalah Dato Adi Putra, Serina Ridzuan, Keena Mentor, Beego, Zack Kool dan ramai lagi..Seniman juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja acara ini semoga kita dapat berkerjasama lagi dimasa akan datang…