Seniman dan Aswara tandatangan memorandum

0
393

KUALA LUMPUR 6 FEB: Seniman dan Aswara baru-baru ini menandatangani satu memorandum persefahaman untuk menjalinkan kerjasama bagi membangunkan industri kreatif melalui akademik…Zed Zaidi berkata memorandum ini adalah bagi membuka peluang kepada artis-artis yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi supaya mereka mempunyai ilmu dimasa akan datang..

Ini adalah salah satu inisiatif Seniman untuk membantu ahli-ahli dalam menempuhi cabaran untuk berada didalam industri seni Negara yang semakin mencabar..Dengan adanya ilmu suatu hari nanti mungkin mereka ini boleh diserapkan menjadi tenaga pengajar di Aswara bagi bidang masing-masing..Seniman bersyukur atas kejayaan dan persefahaman antara Aswara dan Seniman ini berjalan lancar dan mendapat kata sepakat..

Seniman mengucapkan jutaan terima kasih atas jalinan kerjasama dengan pihak Aswara ini serta mendoakan agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar kelak..