Tabung Khas

Mengikut perlembagaan SENIMAN, persatuan dibenarkan untuk mengadakan sebarang bentuk derma khas khusus untuk mengisi tabung Persatuan dengan syarat ianya mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari jawatankuasa dan pihak berkuasa jika berkenaan.

Projek tabung khas ini adalah semata – semata diadakan untuk mengatasi hal ehwal kebajikan ahli –ahlinya saja.Sebarang permohonan untuk mendapatkan bantuan dari Persatuan kepada mana –mana badan kebajikan tempatan.ianya terlebih dahulu mestilah mendapatkan persetujuan dari Jawatankuasa. 

ANTARA TABUNG KEBAJIKAN YANG TELAH DIUSAHAKAN DAN DISELIAKAN OLEH PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA:-

  1. TABUNG PRIHATIN SENIMAN
  2. TABUNG PERWIRA LAHAD DATU
  3. TABUNG SELAMATKAN GAZA