Visi dan Objektif

Menyatu-padukan seluruh ahli-ahli yang terdiri dari ARTIS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di bidang SENI, tanpa mengira asal keturunan mereka asalkan ianya seorang warga negara atau penduduk tetap Malaysia.

Menggalakkan ahli-ahli untuk meninggikan taraf hidup mereka dan membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

Berusaha untuk mengembang dan meninggikan prestasi kebudayaan Melayu ke taraf antarabangsa dan berusaha mengekalkan kebudayaan Melayu sebagai teras kebudayaan nasional.

Berusaha dari masa ke semasa untuk mengisi tabung kewangan Persatuan bagi tujuan pentadbiran dan kebajikan ahli serta menjalankan semua kegiatan Persatuan melalui undang-undang yang sah.