ZIARAH PRIHATIN SENIMAN | NAZRUL AZHAR RABBANI

0
47

Menziarahi anggota Kumpulan Nasyid Rabbani, Nazrul Azhar yang mengalami masalah kesihatan kerosakan kedua-dua belah buah pinggang,dan terpaksa melakukan dialisis sebanyak 4 kali sehari setiap hari dirumah didalam sebuah bilik yang dikhaskan untuk beliau kerana faktor kebersihan sangat penting ketika rawatan dialisis dilakukan.

Semoga beliau diberi kekuatan dari segi mental & fizikal. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat sahabat kita.